LOK CHING merupakan salah satu makanan tradisional yang
terdapat di Kelantan. Namanya agak unik kerana ia bukan istilah atau sebutan
dalam dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Bahan
utama untuk membuat lok ching ini adalah isi ikan.Nama Lok ching di ambil dari
perkataan thailand "บอลเบิร์น
" yang bermaksud "BEBOLA BAKAR".
Ramuan asas Lok ching adalah Isi ikan/daging/ayam/ketam/udang
yang dikisar dan diadun bersama tepung kanji, garam dan dibentuk bulat seperti
BEBOLA, atau bentuk BENTUK UNIK LAIN. Lok cing mentah akan dicucuk pada lidi
dan DIBAKAR di atas bara api.
Lok ching sedap
dimakan ketika masih panas. Kebiasaannya penjual lok ching menggunakan basikal
roda tiga atau motosikal untuk menjual lok ching di kawasan kampung atau tempat
tumpuan ramai.
Revolusi perniagaan lok ching semakin berkembang mengikut
edaran zaman dan kini lok ching mempunyai "pengemar" nya yang
tersendiri. makanan unik dari Thailand ini mula di jual di sempadan malaysia -
thai seperti di kelantan , perlis dan kedah dan sambutan yang di berikan kian
hangat.
Pembaharuan demi pembaharuan dibuat dari sudut cara masakan
ala tradisional (mengunakan arang ) di tambah baik dengan adanya mesin pembakar
lok ching menggunakan dapur gas / electrik. selain dari itu munculnya variati
lok ching dari pelbagai sumber (ayam/daging/ikan/sotong/udang) yang pelbagai
bentuk menambahkan lagi keunikan makanan segera ini.

No comments:
Post a Comment